Berita Berita
Diskaun 50 peratus tol di Jambatan Sultan Abdul Halim sempena Tahun Baharu Cina
BATU KAWAN 12 Feb – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan potongan kadar tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi syarikat itu hari ini, rebat berkenaan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Potongan tersebut berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Sabtu, 14 Februari hingga 11.59 malam Ahad, 15 Februari.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan diskaun 50 peratus tol sempena perayaan berkenaan dalam tempoh sama.
Inisiatif itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang. Bagaimanapun, ia tidak merangkumi plaza tol di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Berita berkaitan
February 12, 2026, 9:59 pm
'Kalau orang lain, dah diambil tindakan' - Pengerusi PAC desak siasat Azam Baki tanpa ‘double standard’
February 12, 2026, 9:30 pm
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 17 Februari, pengumuman dibuat malam Selasa
February 12, 2026, 8:59 pm
Kes roboh kuil: Mahkamah Tinggi batal reman Tamim Dahri, tiga rakan
February 12, 2026, 7:04 pm
IKMA perlu terus perkasa peranan 16,000 koperasi seluruh negara - KUSKOP
February 12, 2026, 5:08 pm
Saifuddin minta pihak tuduh Azam Baki kemuka bukti
February 12, 2026, 5:01 pm
Angkara salah faham, lelaki ambil nyawa sendiri selepas tikam isteri 13 kali hingga maut di Kepong
February 12, 2026, 3:31 pm
Selangor henti lesen penternakan babi, ladang sedia ada ditutup berperingkat - Amirudin
February 12, 2026, 2:55 pm
Kemboja tutup 200 pusat 'scam', 173 dalang ditahan
February 12, 2026, 2:34 pm
