TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UM siasat dakwaan pensyarah terlibat pertubuhan Freemason

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Feb – Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan yang tular di media sosial membabitkan seorang pensyarah kanan institusi itu yang dikaitkan dengan pertubuhan Freemason.

Dalam satu kenyataan hari ini, UM memaklumkan pihaknya mengambil serius isu berkenaan dan sedang meneliti perkara itu secara menyeluruh.

Menurut universiti berkenaan, siasatan dijalankan secara adil serta telus bagi memastikan semua fakta diperoleh sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

UM turut menegaskan bahawa proses berkenaan dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi ruang sepenuhnya kepada pihak universiti untuk menjalankan siasatan tanpa gangguan, selain tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

“Langkah ini penting bagi memastikan integriti siasatan terpelihara serta hak dan privasi semua pihak yang terlibat dihormati.

“UM komited menangani setiap isu secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, media sosial kecoh dengan dakwaan bahawa pensyarah kanan berkenaan bersama isterinya merupakan ahli Freemason di luar negara serta dikatakan terlibat dalam pertemuan bersama ahli pertubuhan itu di Malaysia.

Hantaran berkenaan turut mempersoalkan pelantikan individu terbabit sebagai tenaga akademik di UM susulan dakwaan bahawa pertubuhan tersebut tidak berasaskan ajaran Islam.

+ - reset