Berita Berita
KPM rekod 2,889 kes buli pada 2025, 1,758 sekolah diaudit
KUALA LUMPUR 12 Feb – Sebanyak 2,889 kes buli direkodkan sepanjang tahun 2025 melibatkan 740 kes di sekolah rendah dan 2,149 kes di sekolah menengah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, data tersebut diperoleh daripada rekod Kementerian Pendidikan (KPM) bagi tahun berkenaan.
Menurut beliau, sehingga 19 November 2025, sebanyak 1,758 sekolah di seluruh negara telah melalui proses audit keselamatan sebagai langkah memperkukuh persekitaran pembelajaran yang lebih selamat.
“Kementerian melaksanakan pembaharuan segera terhadap sistem dan mekanisme sedia ada, termasuk memperkasa inisiatif sekolah selamat serta memperluas program pendidikan berterusan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen, malam tadi.
Beliau menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) berhubung langkah kementerian dalam menangani isu buli di institusi pendidikan.
Fadhlina menjelaskan, usaha tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pendekatan menyeluruh itu turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti setempat, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Dalam pada itu, KPM juga menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan kes buli dan salah laku seksual selain menambah baik sistem aduan dengan jaminan perlindungan identiti pengadu serta saksi.
Beliau turut memaklumkan bahawa kementerian memperluas pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berisiko serta memperkukuh sokongan kesihatan mental dan psikososial di sekolah.
Seramai 523 guru bimbingan dan kaunseling baharu ditempatkan di sekolah seluruh negara pada tahun ini bagi membantu menangani isu disiplin dan kesejahteraan pelajar.
Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk pemasangan CCTV di 200 asrama yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dan projek itu siap sepenuhnya pada 19 November 2025.
Selain itu, kerajaan meluluskan tambahan RM5 juta bagi tahun 2026 untuk pemasangan CCTV di 333 lagi sekolah berasrama penuh di seluruh negara.
Berita berkaitan
February 12, 2026, 9:59 pm
'Kalau orang lain, dah diambil tindakan' - Pengerusi PAC desak siasat Azam Baki tanpa ‘double standard’
February 12, 2026, 9:30 pm
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 17 Februari, pengumuman dibuat malam Selasa
February 12, 2026, 8:59 pm
Kes roboh kuil: Mahkamah Tinggi batal reman Tamim Dahri, tiga rakan
February 12, 2026, 7:04 pm
IKMA perlu terus perkasa peranan 16,000 koperasi seluruh negara - KUSKOP
February 12, 2026, 5:08 pm
Saifuddin minta pihak tuduh Azam Baki kemuka bukti
February 12, 2026, 5:01 pm
Angkara salah faham, lelaki ambil nyawa sendiri selepas tikam isteri 13 kali hingga maut di Kepong
February 12, 2026, 3:31 pm
Selangor henti lesen penternakan babi, ladang sedia ada ditutup berperingkat - Amirudin
February 12, 2026, 2:55 pm
Kemboja tutup 200 pusat 'scam', 173 dalang ditahan
February 12, 2026, 2:34 pm
