Berita Berita
Warga emas maut motosikal terbabas ketika ke masjid di Nilai
NILAI 15 Feb – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dalam kejadian di Jalan Persiaran Milenia 2, pagi tadi.
Mangsa, Hisham Rasul, 60, yang bekerja sendiri, difahamkan dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Cendrawasih 1 menuju ke Masjid Enstek untuk menunaikan solat subuh ketika kejadian kira-kira jam 6.25 pagi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika berada di lorong kiri jalan.
“Motosikal itu dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang jalan, menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 7.30 pagi oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Nilai,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.
Berita berkaitan
February 15, 2026, 5:21 pm
Anwar enggan campur isu pemecatan Hamzah, serah kepada Bersatu
February 15, 2026, 11:57 am
Empat disyaki sabotaj Facebook Bersatu ketika krisis kepimpinan
February 15, 2026, 11:28 am
Wan Saiful kesal Bersatu abaikan isu rakyat, sibuk dengan akaun Facebook
February 15, 2026, 11:19 am
Tiga nyaris maut kereta dihempap pokok tumbang di Mount Erskine
February 15, 2026, 11:16 am
Kanak-kanak enam tahun maut dalam kebakaran rumah di Banting
February 14, 2026, 8:00 pm
Hamzah anggap Muhyiddin musuh nombor satu
February 14, 2026, 1:49 pm
Warga emas maut dirempuh motosikal ketika lintas jalan ke surau
February 14, 2026, 12:30 pm
Suspek bunuh wanita di Indah Permai mengaku kerat mangsa seorang diri
February 14, 2026, 12:25 pm
