Berita Berita
Dua rentung kereta terbakar selepas kemalangan di Mentakab
KUANTAN 14 Feb – Dua individu ditemukan rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah sebelum terbakar di Jalan Industri berhampiran stesen minyak di Taman Tualang Indah, Mentakab awal pagi Sabtu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang berada dalam kereta jenis Proton Preve terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.
Menurutnya, penumpang SUV jenis Porsche Cayenne dilaporkan cedera manakala pemandunya dipercayai tidak mengalami kecederaan serius.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Preve dan Porsche Cayenne,” katanya.
Beliau berkata, Proton Preve berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan.
Tambahnya, penumpang lelaki Porsche Cayenne yang cedera diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.
Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada tangki jentera.
“Selepas api dipadamkan sepenuhnya, anggota menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong struktur kenderaan bagi mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.
Berita berkaitan
February 14, 2026, 8:00 pm
Hamzah anggap Muhyiddin musuh nombor satu
February 14, 2026, 1:49 pm
Warga emas maut dirempuh motosikal ketika lintas jalan ke surau
February 14, 2026, 12:30 pm
Suspek bunuh wanita di Indah Permai mengaku kerat mangsa seorang diri
February 14, 2026, 12:20 pm
Lelaki didakwa bunuh isteri guna lesung batu direman enam hari
February 13, 2026, 10:42 pm
Gunaraj sokong pendirian PM, tegas isu rumah ibadat mesti ikut undang-undang
February 13, 2026, 8:27 pm
UKM jelaskan isu penamatan kontrak lebih 20 staf
February 13, 2026, 8:21 pm
KSN ketuai jawatankuasa khas siasat dakwaan babit Azam Baki
February 13, 2026, 8:16 pm
Bersekutu Bersatu Johor bubar, bantah pemecatan Hamzah
February 13, 2026, 8:04 pm
