Berita Berita
Warga emas maut dirempuh motosikal ketika lintas jalan ke surau
KUALA TERENGGANU 14 Feb – Hasrat seorang wanita warga emas untuk ke surau berakhir tragedi apabila dia maut selepas dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Merbau Patah di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Minah Abu Bakar, 73, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 7.32 pagi.
Siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Yamaha FZ150I berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan dari Alur Limbat menuju ke Batu Enam untuk mengambil pesanan makanan.
“Setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai melintas dari arah kanan motosikal untuk ke Surau Haji Ahmad yang terletak di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
February 14, 2026, 8:00 pm
Hamzah anggap Muhyiddin musuh nombor satu
February 14, 2026, 12:30 pm
Suspek bunuh wanita di Indah Permai mengaku kerat mangsa seorang diri
February 14, 2026, 12:25 pm
Dua rentung kereta terbakar selepas kemalangan di Mentakab
February 14, 2026, 12:20 pm
Lelaki didakwa bunuh isteri guna lesung batu direman enam hari
February 13, 2026, 10:42 pm
Gunaraj sokong pendirian PM, tegas isu rumah ibadat mesti ikut undang-undang
February 13, 2026, 8:27 pm
UKM jelaskan isu penamatan kontrak lebih 20 staf
February 13, 2026, 8:21 pm
KSN ketuai jawatankuasa khas siasat dakwaan babit Azam Baki
February 13, 2026, 8:16 pm
Bersekutu Bersatu Johor bubar, bantah pemecatan Hamzah
February 13, 2026, 8:04 pm
