Berita Berita
Alamat tidak tepat punca ambulans lewat tiba di lokasi kemalangan maut Jelapang
IPOH 16 Feb – Kelewatan ambulans tiba di lokasi kemalangan maut di Jelapang pada 10 Februari lalu berpunca daripada maklumat alamat kejadian yang tidak tepat.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dalam kenyataan memaklumkan lokasi awal yang dilaporkan adalah di kawasan taman perumahan sekitar Puncak Jelapang, kira-kira lapan kilometer dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Menurut kenyataan itu, selepas ambulans tiba di lokasi pertama dan mendapati tiada kejadian seperti dilaporkan, pengesahan semula dibuat melalui panggilan kepada pemanggil. Hasil semakan mendapati lokasi sebenar adalah di Lebuhraya Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang.
“Semakan melalui Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (MECC) mendapati satu panggilan kecemasan telah diterima dan tindakan mengikut protokol bantuan kecemasan telah dilaksanakan.
“Laporan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB mendapati ambulans digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.05 petang,” menurut kenyataan itu.
Ambulans dilaporkan tiba di lokasi sebenar pada jam 3.55 petang sebelum penilaian dilakukan terhadap mangsa wanita berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Mangsa wanita didapati mengalami kecederaan serius, manakala kanak-kanak tersebut tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan resusitasi di lokasi kejadian serta-merta. Kedua-duanya kemudian dibawa ke HRPB dengan tindakan resusitasi aktif diteruskan sepanjang perjalanan.
Terdahulu, kanak-kanak berusia tiga tahun itu dilaporkan maut selepas kereta dipandu ibunya bertembung sebuah kereta peronda polis kira-kira jam 3.35 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kemalangan tersebut turut melibatkan dua anggota polis berusia 42 dan 48 tahun yang mengalami kecederaan termasuk patah bahu kiri, kecederaan kaki serta luka pada kelopak mata.
Siasatan awal mendapati kereta peronda jenis Honda Civic dalam perjalanan dari Lumut ke Jelapang, manakala Perodua Kelisa yang dipandu wanita terbabit dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Berita berkaitan
February 16, 2026, 8:03 pm
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
February 16, 2026, 7:54 pm
Anwar seru rakyat perkukuh muhibah, tolak prasangka sempena Tahun Baharu Cina
February 16, 2026, 5:53 pm
SPRM buka kertas siasatan perjanjian RM1.1 bilion dengan syarikat asing
February 16, 2026, 5:40 pm
Erma Fatima kembali mengarah, projek Malaysia-Indonesia jadi tumpuan
February 16, 2026, 5:23 pm
KWSP dijangka umum dividen 6.3% hingga 6.5% bagi 2025
February 16, 2026, 5:12 pm
Polis buru tiga lelaki baling mercun ke dalam rumah warga emas
February 16, 2026, 2:51 pm
'PM tiada kuasa arah PBT roboh rumah ibadat dibina tanpa kebenaran' - MIPP
February 16, 2026, 1:56 pm
Azalina saran pemilik tanah guna saluran undang-undang, elak bertindak sendiri
February 16, 2026, 1:52 pm
