Berita Berita
SPRM buka kertas siasatan perjanjian RM1.1 bilion dengan syarikat asing
KUALA LUMPUR 16 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka satu kertas siasatan berhubung perjanjian antara kerajaan Malaysia dan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
Tindakan itu diambil susulan aduan dikemukakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian berkenaan dibuat secara tergesa-gesa serta bersifat berat sebelah sehingga boleh memberi implikasi kepada kerajaan.
Menurut sumber, berdasarkan aduan dan dokumen yang diserahkan, SPRM telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan daripada Kementerian Ekonomi Malaysia pada 13 Februari lalu.
Tambah sumber, siasatan tertumpu kepada isu ketirisan dana kerajaan membabitkan peruntukan besar berjumlah RM1.1 bilion.
“Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), namun perjanjian itu dimeterai secara tergesa-gesa.
“Perkara ini akan disahkan menerusi keterangan saksi-saksi utama yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, SPRM turut meneliti dakwaan bahawa beberapa individu diberikan jawatan tinggi dalam syarikat terbabit selepas meninggalkan kementerian berkaitan.
“Ini menimbulkan persoalan konflik kepentingan dan wajar diberikan perhatian.
“Tindakan lanjut termasuk memanggil beberapa saksi, termasuk Ketua Setiausaha Kementerian, bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini,” menurut kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pembukaan kertas siasatan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Berita berkaitan
February 16, 2026, 8:03 pm
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
February 16, 2026, 7:54 pm
Anwar seru rakyat perkukuh muhibah, tolak prasangka sempena Tahun Baharu Cina
February 16, 2026, 5:40 pm
Erma Fatima kembali mengarah, projek Malaysia-Indonesia jadi tumpuan
February 16, 2026, 5:23 pm
KWSP dijangka umum dividen 6.3% hingga 6.5% bagi 2025
February 16, 2026, 5:12 pm
Polis buru tiga lelaki baling mercun ke dalam rumah warga emas
February 16, 2026, 2:51 pm
'PM tiada kuasa arah PBT roboh rumah ibadat dibina tanpa kebenaran' - MIPP
February 16, 2026, 1:56 pm
Azalina saran pemilik tanah guna saluran undang-undang, elak bertindak sendiri
February 16, 2026, 1:52 pm
Rafizi berhak berhimpun, tiada isu dalaman PKR setakat ini - Fahmi
February 16, 2026, 1:46 pm
