Berita Berita
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
GEORGE TOWN 16 Feb – Seorang lelaki obesiti seberat 150 kilogram yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk membawanya turun dari kediaman di aras satu, Villa Sri Kenanga, Batu Uban, di sini, hari ini.
Warga emas berusia 64 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki kanan dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kira-kira jam 8.01 pagi.
Menurutnya, operasi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.
“Mangsa dibawa turun menggunakan kain selimut dari kediamannya di aras satu. Mangsa berada dalam keadaan sedar namun mengalami pendarahan pada kaki kanan.
“Operasi mengambil masa kira-kira satu minit menggunakan laluan tangga sebelum mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambah beliau, operasi mengangkat mangsa ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.51 pagi.
Berita berkaitan
February 16, 2026, 7:54 pm
Anwar seru rakyat perkukuh muhibah, tolak prasangka sempena Tahun Baharu Cina
February 16, 2026, 5:53 pm
SPRM buka kertas siasatan perjanjian RM1.1 bilion dengan syarikat asing
February 16, 2026, 5:40 pm
Erma Fatima kembali mengarah, projek Malaysia-Indonesia jadi tumpuan
February 16, 2026, 5:23 pm
KWSP dijangka umum dividen 6.3% hingga 6.5% bagi 2025
February 16, 2026, 5:12 pm
Polis buru tiga lelaki baling mercun ke dalam rumah warga emas
February 16, 2026, 2:51 pm
'PM tiada kuasa arah PBT roboh rumah ibadat dibina tanpa kebenaran' - MIPP
February 16, 2026, 1:56 pm
Azalina saran pemilik tanah guna saluran undang-undang, elak bertindak sendiri
February 16, 2026, 1:52 pm
Rafizi berhak berhimpun, tiada isu dalaman PKR setakat ini - Fahmi
February 16, 2026, 1:46 pm
