Berita Dunia
Mesir hantar bantuan tambahan ke Gaza sempena Ramadan
KAHERAH 20 Feb – Mesir menghantar bantuan kemanusiaan tambahan ke Semenanjung Gaza sempena permulaan bulan suci Ramadan semalam, selain meneruskan usaha memudahkan kepulangan serta pemindahan perubatan rakyat Palestin melalui pintu sempadan Rafah, lapor Xinhua News Agency.
Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) melancarkan konvoi bantuan baharu merangkumi lebih 197,000 bakul makanan, lebih 235 tan tepung, lebih 390 tan ubat-ubatan, bekalan bantuan serta barangan penjagaan diri, selain keperluan musim sejuk seperti selimut dan pakaian.
Dalam satu kenyataan, ERC memaklumkan konvoi berkenaan adalah sebahagian daripada kempen menyediakan hidangan iftar kepada satu juta rakyat Palestin sepanjang Ramadan.
Sementara itu, lintasan Rafah di pihak Mesir turut menerima sekumpulan lagi rakyat Palestin yang pulang ke Gaza serta pesakit yang cedera parah untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital Mesir.
Lintasan sempadan di pihak Palestin disambung operasinya secara rasmi awal bulan ini buat kali pertama sejak Mei 2024, sebagai sebahagian pelaksanaan fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Sejak pembukaan semula lintasan itu, Mesir menerima kumpulan rakyat Palestin yang cedera dan sakit untuk rawatan lanjut, selain memudahkan urusan kepulangan penduduk Gaza yang telah pulih.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
