Berita Berita
Isu tatu pempengaruh undang pelbagai reaksi, Menteri ingatkan soal aib
KUALA LUMPUR 25 Mac – Tindakan seorang pempengaruh media sosial memuat naik video memaparkan tatu pada lengan dan tangan menerima pelbagai reaksi serta nasihat daripada orang ramai.
Tidak terkecuali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan yang memuat naik hantaran ringkas mengenai isu tersebut di media sosialnya, malam tadi.
Tanpa menyebut mana-mana pihak, beliau mengingatkan umat Islam mengenai kepentingan menjaga aib.
“Sebagai Muslim, jangan lawan syariat Islam atau buka aib di media sosial.
“Jika alami masalah, cari bantuan pakar dan jaga maruah serta iman,” katanya.
Terdahulu, tular video seorang pempengaruh media sosial memaparkan tatu pada lengan dan tangan.
Perkongsian video di Instagram itu menarik perhatian ramai apabila tatu berkenaan dipercayai melambangkan pergolakan emosi dan tekanan hidup yang sedang dihadapi individu terbabit.
Berita berkaitan
March 25, 2026, 10:16 pm
Pelajar 13 tahun cedera ditampar lelaki di LRT Pasar Seni
March 25, 2026, 9:31 pm
PKR sedia ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah mafia korporat
March 25, 2026, 9:14 pm
Keluarga tak sedar budak 5 tahun lari ke tengah jalan raya
March 25, 2026, 8:13 pm
Harga RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter meskipun pasaran global melonjak
March 25, 2026, 7:48 pm
Hamzah gesa kerajaan rangka pelan kontingensi nasional hadapi kenaikan harga minyak
March 25, 2026, 7:36 pm
Hanya 10 kategori layak mohon Permit Khas isi minyak melebihi 20 liter
March 25, 2026, 6:20 pm
‘Kami tahu di mana Victor Chin berada’ – Saifuddin Nasution
March 25, 2026, 5:03 pm
Rangka bayi ditemui ditanam di laman rumah di Kelemak
March 25, 2026, 3:07 pm
