TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hannah Yeoh arah siasatan segera dakwaan ahli MPP minta wang perlindungan

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 26 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh telah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat laporan polis serta memulakan siasatan terperinci mengenai sebuah klip video tular.

Rakaman tersebut memaparkan tindakan individu yang didakwa sebagai ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan sedang meminta sejumlah wang daripada sebuah pusat urut di kawasan Wangsa Maju.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, beliau menegaskan bahawa tindakan pemecatan serta-merta akan diambil terhadap ahli MPP terbabit tanpa sebarang kompromi sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar.

Beliau menyatakan pendirian tegas bahawa pihak kementerian tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang amalan kutipan wang perlindungan atau penglibatan orang tengah dalam urusan rasmi.

Insiden itu mula mendapat perhatian selepas paparan kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki yang mengaku sebagai wakil penduduk mendesak premis tersebut menyerahkan wang bagi mengelakkan operasi mereka ditutup atas alasan kononnya terdapat aduan daripada orang awam.

Sehubungan itu, Hannah menyeru masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku melibatkan ahli MPP mahupun kakitangan agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) supaya tampil membuat laporan rasmi kepada Unit Integriti JWP, DBKL atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut menjelaskan bahawa kerjasama antara JWP dan SPRM kini telah diperkukuh bagi menjamin setiap aduan diproses secara telus, di mana orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui portal rasmi agensi-agensi berkaitan.

+ - reset