Berita Berita
MATTA gesa subsidi diesel untuk bas pelancongan, elak industri terjejas
KUALA LUMPUR 26 Mac – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi diesel kepada syarikat bas pelancongan bagi memastikan kelangsungan industri tersebut terus terjamin.
Naib Presidennya, Mohd Hizzat berkata, pihak industri kini sedang giat berunding dengan kerajaan untuk mendapatkan semula subsidi bahan api khusus bagi kenderaan pelancongan.
“Menteri Pelancongan telah memanggil semua pemain industri untuk berbincang dan dalam perbincangan tersebut, kami turut menggesa agar subsidi turut diberikan kepada pengusaha bas pelancongan,” katanya pada sidang akhbar Destinasi Kegemaran Antarabangsa sempena MATTA Fair 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Menurut beliau, ketika ini bas pelancongan tidak menikmati subsidi bahan api, menyebabkan kos operasi meningkat mendadak dan memberi tekanan kepada pengusaha.
Tambahnya, langkah pemberian subsidi itu penting bagi memastikan kelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijangka merancakkan sektor pelancongan negara.
Perbincangan lanjut kini melibatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Kewangan Malaysia serta agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik.
Sementara itu, Bendahari Kehormat MATTA, Rocky Kho berkata, isu tersebut turut memberi kesan langsung kepada harga pakej pelancongan domestik.
“Kami berharap kerajaan dapat menyelaraskan atau membantu harga diesel seperti yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.
“Walaupun terdapat sedikit kesan terhadap pasaran Timur Tengah akibat konflik geopolitik, permintaan dari Asia Tenggara dan India menunjukkan peningkatan.
“Malah ada pelancong India yang beralih ke Malaysia kerana kos penerbangan yang lebih berpatutan berbanding ke Timur Tengah,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Hizzat memaklumkan pembatalan pelancongan setakat ini hanya melibatkan pasaran Timur Tengah, manakala pasaran lain kekal stabil.
Terdahulu, media melaporkan kira-kira 100 syarikat pengusaha bas persiaran di Zon Utara berdepan risiko gulung tikar susulan kenaikan harga diesel serta peningkatan kos operasi sehingga dua kali ganda.
Berita berkaitan
March 26, 2026, 4:18 pm
Victor Chin dedah bayaran RM9.5 juta adalah ‘yuran perkhidmatan’, bukan tutup kes
March 26, 2026, 3:43 pm
Agong nasihat rakyat waspada fenomena cuaca panas berpanjangan
March 26, 2026, 3:35 pm
Penghantar makanan dipenjara empat bulan selepas belasah isteri hamil
March 26, 2026, 2:07 pm
Masjid di Kelantan laksanakan solat sunat Istisqa susulan cuaca panas berpanjangan
March 26, 2026, 1:54 pm
Pasangan dihukum penjara setahun akibat perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan
March 26, 2026, 1:20 pm
Gadis 13 tahun hilang selepas selisih faham keluarga di Bandar Baru Ampang
March 26, 2026, 12:54 pm
Hannah Yeoh arah siasatan segera dakwaan ahli MPP minta wang perlindungan
March 26, 2026, 12:46 pm
