Berita Berita
Gadis 13 tahun hilang selepas selisih faham keluarga di Bandar Baru Ampang
KUALA LUMPUR 26 Mac – Pihak polis sedang mempergiat usaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun empat bulan yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Bandar Baru Ampang sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid memaklumkan bahawa kehilangan remaja berkenaan disedari oleh ibunya sebaik sahaja pulang ke rumah sekitar jam 7 malam, 25 Mac 2026.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah mendapati anak gadis tersebut telah keluar dengan membawa bersama beg pakaian miliknya. Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku antara mangsa dan ahli keluarga.
Remaja terbabit digambarkan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat badan 56 kilogram, bertubuh kurus serta memiliki warna kulit hitam manis.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan individu berkenaan diminta untuk segera tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Maklumat juga boleh disalurkan secara terus dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Alia Dyana binti Raimi di talian 017-6515201.
Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan para ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak di bawah jagaan masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Orang awam turut diingatkan agar segera menghubungi pihak berkuasa atau talian kecemasan MERS 999 sekiranya terdapat sebarang situasi mencurigakan yang melibatkan keselamatan kanak-kanak.
Berita berkaitan
March 26, 2026, 4:18 pm
Victor Chin dedah bayaran RM9.5 juta adalah ‘yuran perkhidmatan’, bukan tutup kes
March 26, 2026, 3:43 pm
Agong nasihat rakyat waspada fenomena cuaca panas berpanjangan
March 26, 2026, 3:35 pm
Penghantar makanan dipenjara empat bulan selepas belasah isteri hamil
March 26, 2026, 2:43 pm
MATTA gesa subsidi diesel untuk bas pelancongan, elak industri terjejas
March 26, 2026, 2:07 pm
Masjid di Kelantan laksanakan solat sunat Istisqa susulan cuaca panas berpanjangan
March 26, 2026, 1:54 pm
Pasangan dihukum penjara setahun akibat perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan
March 26, 2026, 12:54 pm
Hannah Yeoh arah siasatan segera dakwaan ahli MPP minta wang perlindungan
March 26, 2026, 12:46 pm
