Berita Berita
Kerajaan turunkan had BUDI95 kepada 200 liter mulai 1 April
KUALA LUMPUR 26 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penyelarasan semula had penggunaan subsidi petrol di bawah inisiatif BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa 1 April 2026.
Beliau berkata, harga petrol RON95 akan terus dikekalkan pada RM1.99 seliter di bawah mekanisme subsidi tersebut.
Menurutnya, langkah penyelarasan itu dibuat berdasarkan corak penggunaan rakyat Malaysia, yang secara purata menggunakan sekitar 100 liter petrol sebulan.
“Lebih 90 peratus pengguna menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, maka perubahan ini dijangka tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan turut mengekalkan had siling penggunaan petrol bagi pemandu perkhidmatan e-hailing atau seru-pandu pada 800 liter sebulan seperti sebelum ini.
Langkah tersebut dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memastikan subsidi bahan api disasarkan secara lebih berkesan tanpa menjejaskan kebanyakan pengguna tempatan.
Berita berkaitan
March 26, 2026, 8:22 pm
Sabah, Sarawak terus nikmati subsidi diesel RM2.15 seliter
March 26, 2026, 8:09 pm
Lesen luput lebih 3 tahun hilang kelayakan subsidi BUDI95
March 26, 2026, 7:46 pm
Kerajaan pertimbang WFH berperingkat untuk penjawat awam hadapi cabaran global
March 26, 2026, 4:18 pm
Victor Chin dedah bayaran RM9.5 juta adalah ‘yuran perkhidmatan’, bukan tutup kes
March 26, 2026, 3:43 pm
Agong nasihat rakyat waspada fenomena cuaca panas berpanjangan
March 26, 2026, 3:35 pm
Penghantar makanan dipenjara empat bulan selepas belasah isteri hamil
March 26, 2026, 2:43 pm
MATTA gesa subsidi diesel untuk bas pelancongan, elak industri terjejas
March 26, 2026, 2:07 pm
