TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Juruteknik dijel lima tahun tayang 'anu' kepada pelajar sekolah

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN 1 April – Tindakan tidak bermoral seorang juruteknik yang menunjukkan kemaluan kepada pelajar sekolah di sebuah perhentian bas membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa.

Hakim, Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap K. Jason Joshua, 32, selepas meneliti rayuan mitigasi tertuduh serta hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta berada di bawah pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.

"Mahkamah berpendapat, kesalahan yang dilakukan walaupun nampak kecil tetapi serius kerana dilakukan di pekarangan sekolah terhadap seorang pelajar yang tidak dikenali.

"Ini menjadikan suasana persekitaran sekolah yang sepatutnya selamat menjadi tidak selamat," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan kes amang seksual, khususnya yang melibatkan pelajar dan kawasan sekolah, kerana ia memberi kesan besar terhadap keselamatan serta kesejahteraan mangsa.

+ - reset