Berita Berita
CEO Bumi Armada letak jawatan serta-merta
KUALA LUMPUR 6 April - Ketua Pegawai Eksekutif Bumi Armada Bhd, Gary Neal Christenson, meletakkan jawatan sebagai CEO dan ahli lembaga pengarah syarikat berkuat kuasa serta-merta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan Christenson yang sepatutnya menamatkan kontrak pada 15 Mei 2026 telah memohon untuk menamatkan perkhidmatannya lebih awal.
Lembaga pengarah dalam masa sama merakamkan penghargaan atas sumbangan beliau sejak Mei 2018 serta mendoakan kejayaan pada masa hadapan.
Susulan peletakan jawatan itu, Ketua Pegawai Kewangan, Luke Targett dan Ketua Pegawai Operasi, Alex Bridgen akan bersama-sama mengambil alih kepimpinan serta memikul tanggungjawab terhadap prestasi syarikat.
"Kedua-dua mereka akan terus melapor kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko lembaga pengarah Bumi Armada," menurut kenyataan tersebut.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
