Berita Berita
JKR diarah siasat punca tembok runtuh di TTDI, Nanta tegas tiada kompromi
KUALA LUMPUR 19 April – Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk menjalankan siasatan teknikal terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian banjir yang mengakibatkan runtuhan tembok penahan di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), petang semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa JKR juga perlu menilai tahap integriti struktur di kawasan terbabit serta mengesyorkan langkah mitigasi tambahan tanpa kompromi demi menjamin keselamatan awam di lokasi berkenaan.
Beliau memaklumkan bahawa sebarang kelemahan daripada sudut pelaksanaan, penyeliaan, mahupun pematuhan teknikal di tapak pembinaan projek pembangunan Zon Pentadbiran Taman Persekutuan Bukit Kiara itu mestilah dikenal pasti dan ditangani dengan segera.
Laporan awal menunjukkan hujan lebat luar biasa antara jam 3.30 petang hingga 5.30 petang semalam menyebabkan kapasiti air dari kawasan bukit melimpah sehingga ban tanah pecah dan mengakibatkan sistem saliran awam di bahagian hilir gagal menampung aliran air tersebut.
Tekanan air yang bertakung akibat halangan utiliti dikenal pasti menjadi punca tembok penahan sedia ada runtuh bersama papan dendeng projek sehingga menjejaskan kawasan sekitar dan menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.
Sebagai tindakan segera, kerja-kerja pembersihan kawasan insiden telah dimulakan selain pemasangan penghadang konkrit sepanjang 200 meter dan baik pulih sistem Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimentasi (ESCP) di tapak pembinaan bagi menstabilkan keadaan.
Nanta turut memberikan jaminan bahawa KKR akan memantau perkembangan kes ini secara telus dan bertanggungjawab bagi memastikan langkah pencegahan dilaksanakan secepat mungkin supaya insiden serupa tidak berulang pada masa hadapan.
Berita berkaitan
April 19, 2026, 1:23 pm
Tegur merokok punca pergaduhan di restoran nasi kandar Bandar Rimbayu
April 19, 2026, 1:19 pm
RM150,000 disalur perkasa kemudahan sukan di SK Stass, gilap bakat pelajar luar bandar
April 19, 2026, 1:14 pm
Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah berlagak wanita di Kota Bharu
April 19, 2026, 12:06 pm
Dua pegawai bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran gerai
April 19, 2026, 11:53 am
Anthony Loke arah siasatan tergempar isu BHS, MAHB bakal berdepan tindakan
April 19, 2026, 11:46 am
Amirudin sedia pertahankan Parlimen Gombak, tekad selesaikan isu tertangguh
April 19, 2026, 11:42 am
PGIRM gesa pengeluaran KWSP bersasar susulan lebih 24,000 hilang pekerjaan
April 19, 2026, 11:38 am
Ustaz Kazim dibenarkan keluar hospital, sedang berehat di rumah
April 19, 2026, 11:14 am
