TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua anggota polis positif dadah ditahan ketika berhibur di Ipoh

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 April – Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan ketika sedang berhibur dalam satu serbuan di sebuah premis hiburan di Ipoh, Perak pada 5 April lalu dengan dua daripada mereka disahkan positif dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa serbuan yang dijalankan di dua premis berasingan itu turut menyaksikan seramai 87 pelanggan lain yang berusia antara 19 hingga 52 tahun didapati positif pelbagai jenis bahan terlarang.

Hasil pemeriksaan mendapati dua anggota yang positif itu merupakan seorang koperal dan lans koperal masing-masing berusia 26 serta 40 tahun yang bertugas di Johor manakala pegawai polis yang bertugas di Perak pula didapati negatif.

Saringan air kencing menunjukkan koperal berkenaan positif dadah jenis ketamin sementara rakannya pula dikesan positif methamphetamine, amphetamine dan ketamin dalam pemeriksaan di premis kedua tersebut.

Susulan tindakan itu seramai 59 lelaki dan 28 wanita telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 demi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu tanpa kompromi.

Beliau menegaskan bahawa operasi ini membuktikan ketegasan pihak berkuasa dalam menangani sebarang salah laku termasuklah kesalahan yang melibatkan anggota pasukan keselamatan itu sendiri.

+ - reset