Berita Berita
Dua pegawai bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran gerai
KUALA LUMPUR 19 April – Dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bertindak nekad menyelamatkan dua wanita termasuk seorang warga emas yang terperangkap dalam kebakaran sebuah gerai makan di medan selera berhampiran Masjid Al Falah Felda Sungai Tiang, Pendang, petang semalam.
Kejadian sekitar jam 5.15 petang itu berlaku ketika pegawai Muhammad Athir Maula Esaha dan Mohammad Anas Elyas berada di lokasi untuk membeli makanan sebelum menyedari api marak secara tiba-tiba akibat hos gas yang tercabut semasa proses memasak sedang dijalankan.
Dua mangsa tersebut didapati terperangkap dalam keadaan panik selepas api yang marak di bahagian pintu menghalang laluan keluar manakala pintu kabin gerai pula terkunci sehingga menyukarkan usaha mereka untuk menyelamatkan diri.
Menyedari ketiadaan alat pemadam api di premis berkenaan, salah seorang pegawai segera berlari sejauh kira-kira 300 kaki ke masjid berhampiran untuk mendapatkan peralatan tersebut sementara seorang lagi melaksanakan tindakan taktikal bagi mengawal api daripada merebak.
Hasil keberanian dan kepantasan anggota terbabit, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan ke kawasan selamat dengan hanya mengalami luka kecil manakala kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Mohammad Anas menerusi perkongsian di media sosial turut menasihati orang awam dan pemilik premis supaya sentiasa memastikan peralatan memasak diselenggara dengan baik serta menyediakan alat pemadam api sebagai langkah persediaan menghadapi kecemasan.
Tindakan spontan kedua-dua wira berpakaian awam itu mendapat pujian ramai kerana berjaya mengelakkan berlakunya kehilangan nyawa selain memastikan keselamatan orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian pada waktu puncak tersebut.
Berita berkaitan
April 21, 2026, 4:05 pm
Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran
April 21, 2026, 4:01 pm
Pandu mabuk dan langgar lampu merah, wanita dipenjara sehari, denda RM13,000
April 21, 2026, 3:56 pm
Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil
April 21, 2026, 3:51 pm
KDN teliti isu dokumen mangsa kebakaran Sandakan, utamakan warganegara
April 21, 2026, 3:46 pm
Anwar bakal umum langkah tambahan bantu siswazah menganggur
April 21, 2026, 2:20 pm
Polis pijak kepala orang awam: 'Jangan hukum dengan lihat video pendek sahaja' - Saifuddin
April 21, 2026, 11:29 am
Suri rumah direman, polis jumpa lima laras senjata api termasuk M16 di rumah
April 21, 2026, 11:08 am
