Berita Berita
10 hari buru tanpa henti, banduan Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh akhirnya berjaya diberkas semula
GOMBAK 18 April - Banduan warga Pakistan yang meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu, berjaya diberkas semula di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama, di sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata tangkapan semula dilakukan kira-kira jam 5 petang hasil tindakan serta kerjasama pelbagai pihak.
"Sehubungan itu, Polis Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan terbabit berjaya ditangkap bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara," katanybanduana dalam kenyataan ringkas, hari ini.
Terdahulu media melaporkan, polis giat memburu tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, pada 9 April.
Lelaki itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk kes seksual terhadap kanak-kanak dan berkaitan imigresen.
Pada hari kejadian, tahanan reman itu baru selesai menjalani prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak, rompakan dan kesalahan imigresen.
Berita berkaitan
April 20, 2026, 8:47 am
KBS perkasa bakat muda, pastikan tiada atlet tercicir - Mordi
April 19, 2026, 1:23 pm
Tegur merokok punca pergaduhan di restoran nasi kandar Bandar Rimbayu
April 19, 2026, 1:19 pm
RM150,000 disalur perkasa kemudahan sukan di SK Stass, gilap bakat pelajar luar bandar
April 19, 2026, 1:14 pm
Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah berlagak wanita di Kota Bharu
April 19, 2026, 12:06 pm
Dua pegawai bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran gerai
April 19, 2026, 11:53 am
Anthony Loke arah siasatan tergempar isu BHS, MAHB bakal berdepan tindakan
April 19, 2026, 11:46 am
Amirudin sedia pertahankan Parlimen Gombak, tekad selesaikan isu tertangguh
April 19, 2026, 11:42 am
PGIRM gesa pengeluaran KWSP bersasar susulan lebih 24,000 hilang pekerjaan
April 19, 2026, 11:38 am
