Berita Ekonomi
Proton sasar jualan 200,000 unit tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Proton Holdings Bhd menjangka jualan kenderaannya bakal mencecah 200,000 unit pada tahun ini, sekali gus mencatatkan pencapaian jualan tahunan tertinggi pengeluar kereta nasional itu dalam tempoh 15 tahun.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, syarikat telah mencatatkan jualan kira-kira 100,000 kenderaan pada separuh pertama tahun ini dan yakin momentum berkenaan akan berterusan.
Beliau turut memaklumkan bahawa segmen kenderaan elektrik (xEV) kini menyumbang kira-kira 17 peratus daripada keseluruhan jualan Proton, sekali gus meletakkan syarikat di landasan yang tepat bagi menyokong sasaran 20 peratus kenderaan elektrik kerajaan menjelang 2030.
"Proton komited untuk menjadikan ciri automotif terkini dan teknologi keselamatan premium lebih mudah diakses serta mampu dimiliki oleh pasaran luas selaras dengan dasar kerajaan mengurangkan pelepasan karbon," katanya pada Ekspo Automotif dan Teknologi Global 2026 (GATE Expo 2026).
Menyentuh mengenai ekosistem tempatan, Abdul Rashid menegaskan pentingnya usaha penyetempatan dan pemindahan teknologi bagi membangunkan keupayaan vendor serta pengeluar komponen tempatan berikutan peralihan industri automotif ke arah sistem elektrik dan elektronik moden.
Berita berkaitan
August 3, 2026, 12:43 pm
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
