Berita Ekonomi
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengumumkan penurunan harga bagi model Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta susulan peningkatan berterusan kecekapan operasi syarikat.
Langkah mengurangkan harga kenderaan kompak paling mampu milik itu bertujuan membantu rakyat menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar di samping berkongsi penjimatan operasi bersama pelanggan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pengurangan harga ini mencerminkan inisiatif mampan syarikat berasaskan kerjasama erat bersama pembekal serta rakan pengedar dalam ekosistem automotif.
Di Semenanjung Malaysia, varian Axia 1.0G menerima pengurangan tertinggi sebanyak RM4,700 menjadikan harga baharunya RM33,900, manakala Axia 1.0X dikurangkan RM1,500 kepada RM38,500.
Bagi varian Axia 1.0SE pula, harganya turun RM1,000 kepada RM43,000 manakala varian Axia 1.0AV dikurangkan RM500 menjadikan harga baharunya RM49,000 (semua harga tidak termasuk insurans).
Bagi pasaran Sabah dan Sarawak, Axia 1.0G kini ditawarkan pada harga RM35,900, Axia 1.0X pada RM40,500, Axia 1.0SE pada RM45,000, manakala Axia 1.0AV berharga RM51,000.
PERODUA menegaskan bahawa semua spesifikasi dan kualiti kenderaan berkenaan kekal tidak berubah kerana penjimatan tersebut diperoleh sepenuhnya daripada penambahbaikan proses pengeluaran syarikat.
Berita berkaitan
October 30, 2026, 10:32 am
PETRONAS catat hasil RM152.4 bilion bagi separuh pertama 2026
September 23, 2026, 10:48 am
Proton lancar varian S70 Lite, Prime pada harga bermula RM56,800
September 2, 2026, 12:18 pm
Ringgit Ease pelihara pasaran kewangan Islam menerusi pelancaran platform finEZ
August 26, 2026, 2:33 pm
Proton sasar jualan 200,000 unit tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
