Berita Dunia
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
LONDON 22 April – Sebuah penerbangan syarikat tambang rendah Britain, easyJet, mencuri perhatian apabila beberapa penumpang diminta turun secara sukarela selepas pesawat didapati melebihi had berat sebelum berlepas.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 11 April di Lapangan Terbang Southend London, melibatkan penerbangan EJU7008 yang dijadualkan menuju ke Malaga.
Menurut laporan media termasuk The Independent, juruterbang memaklumkan kepada penumpang bahawa pesawat tidak dapat berlepas dengan selamat berikutan sekatan berat.
Syarikat penerbangan itu menjelaskan pesawat jenis Airbus A319 berkenaan melebihi had berlepas yang dibenarkan selepas mengambil kira faktor cuaca serta panjang landasan.
Dengan panjang landasan sekitar 6,000 kaki, margin berlepas adalah lebih kecil berbanding lapangan terbang antarabangsa utama, khususnya dalam keadaan cuaca kurang baik, menurut laporan New York Post.
Penumpang diberikan beberapa pilihan termasuk keluar secara sukarela, memunggah bagasi atau menangguhkan penerbangan. Seorang penumpang memaklumkan mereka diberi kira-kira 30 minit untuk membuat keputusan.
Akhirnya, lima penumpang tampil secara sukarela untuk turun bagi membolehkan pesawat berlepas. Tindakan mereka menerima tepukan daripada penumpang lain sebagai tanda penghargaan.
Penerbangan tersebut kemudian berlepas tidak lama selepas itu dan tiba di Malaga dengan hanya sedikit kelewatan.
Pihak easyJet memaklumkan penumpang terlibat dipindahkan ke penerbangan seterusnya tanpa sebarang kos tambahan serta layak menerima pampasan.
“Keselamatan dan kebajikan penumpang serta kru kami sentiasa menjadi keutamaan tertinggi,” kata syarikat itu.
Penumpang yang terjejas dilaporkan boleh menerima pampasan sehingga AS$400 (RM1,582) seorang bergantung kepada tempoh kelewatan.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
