Berita Berita
Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Parlimen, sah keluar PKR sertai parti baharu
PETALING JAYA 17 Mei – Landskap politik tanah air dikejutkan dengan pengumuman drastik Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok.
Kedua-dua pemimpin kanan itu memaklumkan bahawa mereka akan menyerahkan surat rasmi berhubung keputusan pengosongan kerusi tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, pagi esok.
Langkah radikal itu disusuli dengan keputusan mereka untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyertai Parti Bersama Malaysia (MUP) secara rasmi pada Selasa depan, di mana surat peletakan jawatan akan diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh.
Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi dalam satu sidang media khas di sini hari ini mengesahkan pengambilalihan MUP sebagai wadah politik baharu mereka selepas setahun lamanya dilihat tersisih daripada arus perdana kepimpinan PKR.
Kehadiran beberapa Ahli Parlimen PKR lain dalam majlis berkenaan—termasuk Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya)—turut mencetuskan tanda tanya mengenai kemungkinan berlaku penghijrahan secara besar-besaran.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh dalam respons segera menyatakan bahawa pihak biro politik parti akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan status keahlian Rafizi, Nik Nazmi, serta kesemua wakil rakyat yang dikesan menghadiri majlis pelancaran parti baharu tersebut.
Berita berkaitan
May 17, 2026, 5:49 pm
Laluan UTC Sentul berwajah baharu, Hannah Yeoh perkenal konsep 'Tactical Urbanism'
May 17, 2026, 5:45 pm
'Ini darah reformasi, pantang dicabar' - Anwar bidas ugutan, sedia hadapi pertembungan
May 17, 2026, 3:25 pm
"Guan Eng tak perlu risau, Dr Sam pegang Ketua Pembangkang sekejap saja" - Ahmad Fadhli
May 17, 2026, 3:06 pm
Dana asing RM1.5 juta didakwa untuk jatuhkan PM: PH serah kepada polis, SPRM
May 17, 2026, 12:16 pm
PH Johor sedia gerak solo selepas isyarat jelas BN tutup pintu kerjasama
May 17, 2026, 12:08 pm
Anggota Rela maut motosikal rempuh penghadang jalan selepas pulang bercuti
May 17, 2026, 12:00 pm
PRN Johor: Langkah BN tanding solo demi kestabilan, bukan kerana sombong - Puad
May 17, 2026, 11:52 am
Dr. Ahmad Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu, Guan Eng persoal beban "dua topi"
May 17, 2026, 11:47 am
