Berita Berita
'Ini darah reformasi, pantang dicabar' - Anwar bidas ugutan, sedia hadapi pertembungan
JOHOR BAHRU 17 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI di bawah pimpinannya tidak pernah sesekali menghasut atau berniat untuk mengkhianati mana-mana rakan kongsi politik demi mengekalkan kestabilan negara.
Perdana Menteri menyatakan bahawa sepanjang tiga tahun menerajui pentadbiran, semangat perpaduan dalam komponen PH kekal utuh dan tidak mudah digoyahkan oleh sebarang 'bisikan' luar yang cuba memecahbelahkan gabungan sedia ada.
Meskipun sentiasa bersikap terbuka dalam mengambil kira pelbagai pandangan termasuk menangguhkan beberapa program kerajaan demi mencapai konsensus, Anwar menghantar isyarat tegas kepada pihak yang cuba mencabar maruah serta prinsip perjuangan parti.
"Tetapi ada gendang dipalu, orang macam nak lancarkan perang, kita siap dan lawan. Jangan salah faham dan jangan ugut ke arah pengkhianatan. Kita tak makan ugutan. Pukul dah, penjara dah, nak ugut oleh budak-budak, 'no way'. Ini darah reformasi, pantang dicabar. Lawan tetap lawan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat utama pada Konvensyen PH 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.
Menjawab tohmahan sesetengah pihak yang melabel pentadbirannya sebagai lemah kerana sering memberikan perhatian saksama kepada negeri bukan di bawah PH, beliau menjelaskan pendekatan itu diambil bagi melunaskan tanggungjawab Kerajaan Pusat dalam menunaikan janji kepada semua rakyat.
Pendekatan rundingan secara harmoni tanpa membuat serang hendap terbuka bersama kerajaan negeri diterajui UMNO, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah cerminan kematangan politik, bukannya satu kelemahan.
Berita berkaitan
May 17, 2026, 5:49 pm
Laluan UTC Sentul berwajah baharu, Hannah Yeoh perkenal konsep 'Tactical Urbanism'
May 17, 2026, 5:14 pm
Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Parlimen, sah keluar PKR sertai parti baharu
May 17, 2026, 3:25 pm
"Guan Eng tak perlu risau, Dr Sam pegang Ketua Pembangkang sekejap saja" - Ahmad Fadhli
May 17, 2026, 3:06 pm
Dana asing RM1.5 juta didakwa untuk jatuhkan PM: PH serah kepada polis, SPRM
May 17, 2026, 12:16 pm
PH Johor sedia gerak solo selepas isyarat jelas BN tutup pintu kerjasama
May 17, 2026, 12:08 pm
Anggota Rela maut motosikal rempuh penghadang jalan selepas pulang bercuti
May 17, 2026, 12:00 pm
PRN Johor: Langkah BN tanding solo demi kestabilan, bukan kerana sombong - Puad
May 17, 2026, 11:52 am
Dr. Ahmad Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu, Guan Eng persoal beban "dua topi"
May 17, 2026, 11:47 am
