TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Laluan UTC Sentul berwajah baharu, Hannah Yeoh perkenal konsep 'Tactical Urbanism'

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Mei – Laluan pejalan kaki yang dahulunya suram dan biasa di berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul kini berubah wajah menjadi sebuah ruang komuniti yang interaktif, inklusif, dan penuh dengan keceriaan.

Transformasi itu dijayakan menerusi inisiatif Pengindahan dan Pemuliharaan Imej Reka Bentuk Bandar bagi Parlimen Batu yang mengangkat konsep 'Persimpangan Kehidupan Harmoni'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memaklumkan bahawa projek berkenaan menggunakan pendekatan Tactical Urbanism dengan menyuntik elemen lukisan jalan serta mural bagi mewujudkan suasana bandar yang selamat dan mesra pejalan kaki.

Lebih menarik, reka bentuk koridor pejalan kaki itu turut dilengkapi dengan elemen visual bercirikan didik hibur seperti permainan dam ular, teng-teng, nombor, abjad, serta bentuk geometri yang membolehkan golongan kanak-kanak bermain sambil belajar.

"Setiap ruang kota bukan hanya untuk dilalui, tetapi untuk menghubungkan kehidupan dan menghidupkan kebersamaan masyarakat. Lokasi strategik yang menghubungkan UTC Sentul, kawasan perumahan, pusat penjaja, sekolah, serta masjid kini dilihat sebagai ruang komuniti yang lebih hidup dan menenangkan," katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Beliau menambah, usaha murni yang diterajui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Reka Bentuk Kuala Lumpur (KUL Design) ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam membentuk ibu kota sebagai sebuah bandar yang lebih manusiawi, inklusif, dan berteraskan komuniti.

+ - reset