Berita Hiburan
Selgate perluas rangkaian kesihatan, tambah dua hospital baharu di Sepang dan Setia Alam
SHAH ALAM 22 Mei – Selgate Corporation bakal memperluaskan rangkaian perkhidmatan kesihatannya menerusi pembukaan dua cawangan baharu Hospital Pakar Selgate di Sepang dan Setia Alam.
Hospital di Sepang dijadual mula beroperasi pada September tahun ini, manakala cawangan Setia Alam pula dijangka dibuka pada Februari 2027.
Menurut laporan Media Selangor, Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Corporation Sdn Bhd, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata syarikat mengambil pendekatan berhati-hati dalam pelan pengembangan hospital berikutan cabaran kos operasi dan kekurangan tenaga kerja kesihatan.
“Kami mahu memastikan setiap hospital yang dibuka mempunyai tenaga kerja mencukupi dan mematuhi syarat ditetapkan KKM,” katanya.
Beliau menjelaskan antara cabaran utama industri kesihatan ketika ini ialah kekurangan jururawat, terutama apabila ramai petugas memilih untuk bekerja di luar negara.
Tambahnya, Selgate juga tidak bercadang untuk berkembang terlalu pantas melebihi sasaran semasa iaitu membuka tujuh hospital di seluruh negara menjelang 2030 dengan kapasiti keseluruhan 1,000 katil.
Katanya lagi, fokus utama syarikat ketika ini adalah memperkukuh operasi di Selangor sebelum memperluaskan rangkaian ke seluruh negara dan pasaran antarabangsa.
Sebelum ini, Selgate mencipta pencapaian penting menerusi pembukaan Hospital Pakar Selgate Rawang pada Oktober lalu.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
