TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Abby Abadi pecah mulut isu Marissa-Aslam, kakak Misya Mazlan tampil cabar bukti

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 April – Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi akhirnya tampil memberikan penjelasan terbuka berhubung kemelut rumah tangga anaknya, Marissa Dania bersama Aslam yang hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Abby menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak menyokong tindakan anaknya yang memilih untuk "masuk" ke dalam rumah tangga orang lain sehingga mendakwa telah cuba menarik anaknya keluar daripada hubungan tersebut namun gagal.

Abby menjelaskan, beliau selama ini memilih untuk berdiam diri bagi menghormati perasaan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan, namun terpaksa bersuara apabila timbul isu melibatkan proses cerai dan rujuk yang didakwa seolah-olah mempermainkan anaknya.

"Saya tak pernah dan langsung tak sebut tentang isterinya (Misya) sebab saya tahu dia tentu dah terluka dengan apa yang berlaku. Tapi bila jadi hal ini... bila Aslam dan Marissa teruskan juga sampai nikah di Thailand, saya berbunyi juga," tulisnya.

Beliau turut melahirkan rasa terkilan terhadap sikap Marissa yang didakwa enggan mendengar nasihat dan membantah apabila cuba ditegur oleh ahli keluarga.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat reaksi segera daripada kakak kepada Misya Mazlan, yang dikenali sebagai Kakya Nadia. Menerusi ruangan komen, beliau mencabar kesahihan kenyataan yang dibuat oleh Abby dan meminta bukti bagi setiap dakwaan tersebut.

"Confirm eh tak ada bukti dan adik saya mereka cerita? Sebab apa yang adik saya tulis semuanya sahih dan ada bukti. Saya tunggu reply dari Kak Abby," tulis Kakya Nadia dalam komen yang kini tular.

Beliau turut mengingatkan Abby bahawa dialah individu pertama yang menghubungi pihak Abby dan suaminya (Abang Jai) ketika isu hubungan sulit tersebut mula dikesan pada peringkat awal.

Kemelut ini terus menjadi perhatian netizen memandangkan ia melibatkan pendedahan demi pendedahan mengenai perkahwinan kedua Aslam bersama Marissa yang didakwa dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama serta konflik keluarga yang semakin meruncing di platform digital.

+ - reset