Berita Hiburan
Tiga gergasi rock bersatu, Search, Wings & XPDC bakal cipta sejarah dalam ‘Konsert 3 Veto’
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Impian peminat muzik rock tanah air akhirnya tercapai apabila tiga kumpulan rokck popular tanah air, Search, Wings da XPDC bergabung di atas sebuah pentas menerusi konsert 3 Veto.
Gabungan tiga kumpulan itu di atas pentas juga adalah yang julung kali dilakukan dan akan berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos 2026.
Wakil penganjur Bintang Batu Event & Seri Simfoni Sdn Bhd Ikhram Zainuddin berkata, penganjuran konsert itu merupakan penghargaan kepada peminat setia yang selama puluhan tahun terus menyokong perjuangan seni kumpulan-kumpulan rock tempatan.
“Ini bukan sekadar hiburan semata-mata. Konsert ini adalah pengalaman manis yang sukar diperoleh lagi pada masa akan datang,” katanya.
Menariknya, penonton bakal dihidangkan dengan lagu-lagu malar segar seperti Isabella, Sejati dan Titian Perjalanan.
Persembahan akan tampil lebih segar dengan sentuhan susunan muzik baharu tanpa menghilangkan identiti asal karya-karya legenda tersebut.
Selain kekuatan vokal dan aura pentas tiga kumpulan ini, penggunaan teknologi audio visual moden termasuk efek pencahayaan dan ‘projection mapping’ dijangka memberi pengalaman luar biasa kepada penonton.
Pihak penganjur percaya konsert tersebut mampu menarik bukan sahaja peminat lama yang membesar dengan muzik rock, tetapi juga generasi muda yang ingin merasai sendiri kehebatan persembahan legenda tanah air.
Menurut Datuk Awie, konsert itu merupakan “jiwa seni ” yang menyatukan hati melalui muzik rock serta berkongsi rasa dan emosi dengan semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.
Tiket konsert telah mula dijual sejak 8 Mei lalu menerusi platform rasmi penganjur dan sambutan awal dikatakan amat memberangsangkan.
Dengan gabungan elemen nostalgia, teknologi moden dan semangat rock yang masih membara, Konsert 3 Veto dilihat berpotensi menjadi malam bersejarah yang bakal menghidupkan kembali “roh” muzik rock Malaysia.
Berita berkaitan
June 30, 2026, 2:02 pm
Pempengaruh diugut bunuh lepas dedah 'sarang' Rohingya
June 26, 2026, 5:33 pm
Buku Aisyah Hijanah didakwa cipta ayat Al-Quran baharu, desak KDN ambil tindakan
June 25, 2026, 5:16 pm
Isu Nasi Ayam RM26, Neelofa dedah ibu berniaga suka-suka
June 25, 2026, 11:22 am
'Tak tahu kenapa burung memilih terbang’, Aslam titip pesanan lepas cerai
June 24, 2026, 1:54 pm
Fattah Amin, Amira Othman timang cahaya mata sulung, namakan anak Muhammad Jarir Umar
May 22, 2026, 11:05 am
Selgate perluas rangkaian kesihatan, tambah dua hospital baharu di Sepang dan Setia Alam
May 6, 2026, 11:27 am
Eda Ezrin selamat timang cahaya mata ketiga
April 18, 2026, 1:48 pm
