Berita Hiburan
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
KOTA BHARU 4 Feb – Penganjur Makar Fest XL tampil memohon maaf secara terbuka susulan isu tular di media sosial berhubung aksi tarian dan pergerakan penonton semasa konsert festival makanan itu yang berlangsung di Tunjong, Sabtu lalu.
Pengarah program, Issey Fazlisham berkata, penganjuran festival selama tiga hari itu telah dilaksanakan mengikut garis panduan serta enakmen hiburan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Menurutnya, sebelum persembahan pentas bermula, pihak penganjur telah menayangkan video etika panggung sebagai peringatan kepada pengunjung mengenai peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang acara berlangsung.
“Antara yang ditekankan ialah pengasingan lelaki dan perempuan, larangan berjoget, menjaga adab, tertib serta kebersihan kawasan,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di TikTok.
Beliau berkata, sebagai pengacara, peringatan turut disampaikan berulang kali kepada penonton setiap kali berada di pentas agar tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, Issey mengakui terdapat segelintir individu yang berada di luar kawalan penganjur dan didapati melakukan pergerakan yang tidak mematuhi peraturan, khususnya apabila jumlah kehadiran penonton pada malam kejadian melebihi jangkaan.
“Apabila kehadiran terlalu ramai, kawalan menjadi lebih mencabar di beberapa kawasan tertentu, namun pasukan keselamatan dan kru Makar Fest XL bertindak segera sebaik situasi dikesan,” katanya.
Menurut beliau, pengasingan telah dilaksanakan dari bahagian hadapan hingga ke belakang kawasan acara, namun keadaan menjadi sukar dikawal apabila kawasan belakang dipenuhi penonton.
“Walaupun begitu, pihak penganjur sentiasa komited dan mengambil tindakan pantas bagi memastikan pematuhan peraturan, namun terdapat situasi yang berada di luar kawalan kami,” jelasnya.
Sehubungan itu, Issey memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dan menegaskan penganjur terbuka menerima sebarang teguran serta cadangan penambahbaikan bagi penganjuran akan datang.
Untuk rekod, Makar Fest XL merupakan penganjuran kelima oleh pihaknya.
Sebelum ini, media melaporkan penganjur dikenakan tindakan tegas apabila wang cagaran RM8,000 dirampas susulan pelanggaran syarat hiburan melibatkan percampuran bebas lelaki dan perempuan serta aksi menari penonton.
Selain rampasan cagaran, penganjur turut berdepan penalti maksimum sehingga RM30,000 serta berisiko disenarai hitam sekiranya gagal menjelaskan kompaun yang dikenakan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
