TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PETRONAS sahkan insiden kerja penyelenggaraan bot libatkan kontraktornya

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Mei - Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengesahkan insiden membabitkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah semasa kerja penyelenggaraan bot penyelamat di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam.

Menerusi kenyataan hari ini, PETRONAS memaklumkan, siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan.

“Petronas merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia.

Keutamaan segera syarikat ialah untuk menyokong kesejahteraan mereka yang terkesan,” menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Menurutnya, insiden itu berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari ketika keempat-empat mangsa menaiki bot penyelamat yang berada di atas platform untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform berkenaan.

“Bagaimanapun, tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot itu dipercayai tercabut secara tiba-tiba.

“Kejadian itu menyebabkan bot bersama kesemua mangsa terjatuh ke dalam laut,” katanya ketika dihubungi.

+ - reset