TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Maha Berjaya raih sambutan luar biasa, lebih 1,000 kambing qurban terjual tahun ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Mei – Syarikat pembekal ibadah qurban, Maha Berjaya mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam jualan kambing qurban sempena Aidiladha tahun ini apabila berjaya menjual lebih 1,000 ekor kambing kepada pelanggan di seluruh negara.

Permintaan tinggi diterima daripada pelanggan individu, masjid, madrasah serta organisasi sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap kualiti bekalan dan pengurusan ibadah qurban yang ditawarkan syarikat itu.

Wakil Maha Berjaya berkata, pihaknya turut membekalkan kambing qurban kepada lebih 10 madrasah di beberapa lokasi bagi memastikan pelaksanaan ibadah tersebut berjalan lancar dan teratur.

Menurutnya, sambutan yang diterima tahun ini amat menggalakkan susulan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan melaksanakan ibadah qurban melalui perkhidmatan yang diyakini dan berkualiti.

“Selain jualan melebihi 1,000 ekor kambing, kami juga menguruskan penyembelihan lebih 300 ekor kambing di ladang milik syarikat sendiri.

“Ini menunjukkan semakin ramai masyarakat memilih perkhidmatan qurban yang lebih sistematik dan diyakini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi penyembelihan di ladang syarikat dilaksanakan mengikut prosedur syariah serta piawaian kebersihan yang ketat bagi memastikan proses ibadah qurban berjalan sempurna.

Katanya, stok kambing qurban Maha Berjaya juga masih tersedia sehingga hari keempat Aidiladha bagi memberi peluang kepada pelanggan yang masih ingin melaksanakan ibadah tersebut pada saat akhir.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan melihat trend permintaan qurban terus meningkat saban tahun, khususnya dalam kalangan generasi muda dan komuniti bandar.

“Golongan ini lebih cenderung memilih proses qurban yang mudah, telus dan sistematik.

“Kami berharap dapat terus membantu masyarakat melaksanakan ibadah qurban dengan lebih mudah dan selesa, di samping memastikan bekalan kambing berkualiti serta perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.

+ - reset