Berita Berita
PGA tumpas cubaan seludup 90 lembu, 100 kambing menjelang Aidiladha
KOTA BHARU 24 Mei – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan 12 individu serta merampas 90 ekor lembu dan 100 ekor kambing yang disyaki diseludup dari negara jiran bagi memenuhi permintaan sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan itu membabitkan 10 kes penyeludupan haiwan ternakan yang direkodkan sejak 1 Januari hingga semalam dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM457,200.
“Rampasan tertinggi direkodkan pada April lepas membabitkan 28 ekor lembu dan 100 ekor kambing bernilai RM204,000, termasuk 13 ekor lembu seludup bernilai RM39,000 di Kampung Manan, Bunut Susu, Pasir Mas pada 20 April.
“Situasi ini menunjukkan sindiket penyeludupan haiwan ternakan masih aktif dan cuba mengambil kesempatan terhadap peningkatan permintaan sempena Aidiladha,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sepanjang tempoh 1 Januari hingga semalam, Ops Taring Wawasan Kelantan merekodkan 795 kes melibatkan 979 tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM45.4 juta.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 12:42 pm
Maha Berjaya raih sambutan luar biasa, lebih 1,000 kambing qurban terjual tahun ini
May 25, 2026, 11:31 am
Pemandu bas ekspres ditahan guna telefon bimbit hasil penyamaran JPJ Johor
May 25, 2026, 11:27 am
Jemaah haji wanita dari Johor meninggal dunia di Makkah akibat pendarahan otak
May 25, 2026, 11:04 am
Aidiladha: Bekalan lembu, kerbau dan kambing lebih daripada mencukupi untuk ibadah korban
May 25, 2026, 10:46 am
Padah pandu melulu turun bukit, tiga individu parah dalam nahas di Lebuhraya SILK
May 25, 2026, 10:21 am
PETRONAS sahkan insiden kerja penyelenggaraan bot libatkan kontraktornya
May 25, 2026, 10:08 am
