Berita Berita
Polis akan panggil Azam Baki kes ugut Albert Tei
KAJANG 26 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam percakapan dua saksi iaitu Albert dan seorang peguam yang didakwa menyampaikan maklumat berkaitan ugutan tersebut.
Menurut beliau, selepas laporan polis dibuat oleh Albert, ahli perniagaan itu mengadakan sidang media dan mendakwa ugutan berkenaan disampaikan melalui seorang peguam.
“Kita merakam percakapan peguam yang dikatakan itu selepas kita merakam percakapan Albert dan mengenal pasti peguam itu, semalam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih berjalan dan polis perlu meneliti semua sudut sebelum membuat sebarang rumusan berhubung dakwaan tersebut.
“Siasatan memerlukan masa dan ia perlu dibuat secara telus. Ia perlu meliputi semua sudut sebelum satu rumusan dibuat berhubung siasatan itu.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya sambil memaklumkan laporan polis dibuat pada 13 Mei lalu.
Ketika ditanya sama ada Azam akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berkenaan, Kumar berkata tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
Katanya, kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan dan nasihat lanjut.
Berita berkaitan
May 26, 2026, 5:10 pm
Jasad Nur Izzati ditemui sempurna di kawasan kebun, tiada tanda serangan haiwan liar
May 26, 2026, 1:46 pm
Empat hari hilang, Nur Izzati Humaira ditemukan meninggal dunia tengah hari ini
May 26, 2026, 1:30 pm
Aidiladha, cuti sekolah: Lebih 150,000 kenderaan dijangka banjiri Lebuh Raya WCE sehari
May 26, 2026, 1:09 pm
