Berita Berita
Program UMP: Kerajaan tanggung sepenuhnya kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai
PUTRAJAYA 15 Jun – Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 80,000 pesakit sebulan menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) yang dijangka bermula Julai ini.
Inisiatif hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini melibatkan peruntukan RM5.69 juta setahun.
Anggaran kos setahun bagi program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi bersama pihak MCMC.
Langkah ini membolehkan kumpulan pesakit yang layak di bawah program UMP tidak lagi perlu membayar kos penghantaran ubat mereka sendiri.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berharap inisiatif ini sudah boleh mula dilaksanakan di setiap negeri menjelang Julai ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) hari ini.
Fahmi menjelaskan bahawa pemilihan pesakit yang layak menerima manfaat tersebut akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak KKM.
Manakala bagi aspek perkhidmatan penghantaran pula, ia akan diuruskan melalui Pos Malaysia sebagai pemegang lesen di bawah MCMC.
Menyentuh mengenai PERSADA, keseluruhan inisiatif bagi memperkukuh pendigitalan sistem kesihatan negara itu dianggarkan bernilai RM650 juta.
Pelaksanaannya akan dibahagikan kepada dua fasa, di mana fasa pertama melibatkan anggaran kos sebanyak RM74 juta.
Dana bagi pelaksanaan PERSADA akan diuruskan sepenuhnya oleh MCMC menerusi dana Universal Services Provision Fund (USP).
Dalam perkembangan lain, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperkasa sebagai pusat saringan awal kesihatan dan telekesihatan.
Fokus pemerkasaan NADI ini akan ditumpukan di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada fasiliti kesihatan.
Pendekatan ini membolehkan penduduk menjalani saringan awal seperti pemeriksaan gula dalam darah dan tekanan darah tanpa perlu ke hospital.
Sebagai contoh, pusat NADI di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah kini digunakan bagi menghubungkan penduduk dengan doktor pakar secara maya.
Teknologi kecerdasan buatan (AI) juga mula dimanfaatkan di beberapa pusat NADI termasuk untuk membuat penilaian asas melalui pemeriksaan retina.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 8:12 pm
Guru lelaki didakwa buat amang seksual fizikal pelajar tingkatan satu
June 15, 2026, 8:07 pm
Pasangan suami isteri warga emas maut, motosikal dirempuh Kancil masuk simpang
June 15, 2026, 8:00 pm
Operasi LRT3 dijangka bermula hujung bulan ini, tarikh rasmi diumumkan dua minggu lagi
June 15, 2026, 6:43 pm
Pelarian Rohingya tiada subsidi, menteri tegaskan caj rawatan sama dengan warga asing lain
June 15, 2026, 1:50 pm
El Niño berlarutan hingga 2027: Bomba siap siaga penuh, pantau titik panas secara agresif
June 15, 2026, 1:43 pm
Takiyuddin persoal Azlan Johar direhatkan pengulas Piala Dunia RTM selepas sertai PAS
June 15, 2026, 12:05 pm
Tiga lokasi di Selayang diserbu, 52 warga asing termasuk tiga kanak-kanak ditahan
June 15, 2026, 11:19 am
