Berita Dunia
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
CEUTA 31 JULAI - Ratusan migran dilaporkan memasuki enklaf Sepanyol di Afrika Utara, Ceuta, dari Maghribi sejak minggu lalu, sekali gus menimbulkan tekanan besar terhadap sumber dan kemudahan wilayah berkenaan.
Presiden Ceuta, Juan Jesus Vivas, berkata kemasukan migran yang berterusan telah mewujudkan situasi kecemasan kemanusiaan dan keselamatan, sambil menggesa kerajaan Sepanyol mengambil tindakan segera bagi mengawal keadaan.
Rakaman yang tular menunjukkan ramai migran berenang dari pantai Maghribi ke Ceuta dengan menggunakan pelampung dan alat apungan lain, manakala sebahagian lagi memasuki wilayah itu melalui pintu pagar di kawasan pagar sempadan.
Ceuta, yang terletak di pesisir utara Maghribi, merupakan wilayah autonomi Sepanyol yang dipisahkan daripada tanah besar Eropah oleh Selat Gibraltar.
Bersama Melilla, ia menjadi satu-satunya sempadan darat antara Kesatuan Eropah (EU) dan benua Afrika serta sering menjadi tumpuan migran yang cuba memasuki Eropah.
Lonjakan kemasukan migran berlaku selepas Mahkamah Agung Sepanyol memutuskan awal bulan ini bahawa migran yang dipintas di laut ketika cuba memasuki Ceuta atau Melilla tidak boleh dihantar pulang serta-merta ke Maghribi.
Kementerian Dalam Negeri Sepanyol mendakwa sindiket pemerdagangan manusia cuba mengambil kesempatan terhadap keputusan mahkamah itu dengan menggalakkan penghijrahan tidak berdokumen, terutama dalam kalangan golongan muda.
Madrid berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Maghribi dalam isu migrasi dan kedua-dua negara bersetuju memperkukuh usaha menangani kemasukan haram, termasuk mempercepatkan proses penyerahan semula individu yang memasuki Ceuta secara tidak sah.
Terdapat perbezaan laporan mengenai jumlah sebenar migran yang berjaya memasuki Ceuta. Media Sepanyol menganggarkan antara 2,000 hingga 3,000 orang memasuki wilayah itu pada Khamis sahaja, namun angka tersebut belum disahkan oleh pasukan pengawal sempadan Guardia Civil.
Penyiar awam RTVE pula melaporkan ratusan migran memasuki Ceuta pada hari yang sama, manakala lebih 1,500 migran, kebanyakannya warga muda Maghribi, tiba di wilayah itu sepanjang dua minggu lalu.
Menurut Vivas, sebanyak 60 mayat telah ditemukan di laut dalam beberapa bulan kebelakangan ini akibat cubaan berbahaya untuk memasuki Ceuta.
Beliau turut memberi amaran bahawa pusat perlindungan bagi kanak-kanak tanpa penjaga kini beroperasi jauh melebihi kapasiti asal.
Krisis terbaharu itu mengingatkan kepada insiden pada Mei 2021 apabila kira-kira 8,000 migran memasuki Ceuta dalam tempoh beberapa hari, sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik antara Sepanyol dan Maghribi.
Susulan situasi itu, kerajaan Sepanyol telah mengerahkan anggota polis tambahan dan unit tentera untuk memperkukuh kawalan keselamatan di Ceuta.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
