Berita Berita
Seramai 1,476 pelarian Myanmar sedia pulang secara sukarela selepas tandatangan dokumen
PUTRAJAYA, 2 September – Seramai 1,476 pelarian Myanmar yang berada di negara ini telah menandatangani dokumen persetujuan khas bagi mengesahkan hasrat mereka untuk dihantar pulang ke negara asal secara sukarela.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan perkara berkenaan hasil pembentangan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat Jemaah Menteri bagi mengemas kini perkembangan proses penghantaran pulang kelompok pelarian terbabit.
Langkah ini menyusuli makluman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengenai persetujuan Myanmar untuk menerima semula 5,000 pelarian mereka dari Malaysia menerusi siri rundingan diplomatik serta hubungan bilateral yang baik antara kedua-dua pihak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa sebahagian daripada 5,000 pelarian yang bakal dihantar pulang itu turut merangkumi etnik Rohingya, walaupun pihak kementerian belum mendedahkan tempoh masa rasmi pelaksanaan proses berkenaan.
Proses pemindahan kesemua pelarian terbabit dijadualkan menggunakan kemudahan dua buah kapal perang serta sebuah kapal hospital yang disediakan khusus oleh pihak Tentera Laut Myanmar.
Berita berkaitan
September 2, 2026, 5:13 pm
Hannah Yeoh sah bercerai selepas 18 tahun berumah tangga
September 2, 2026, 5:06 pm
Orang ramai digesa tidak emosi berhubung isu kehadiran Mahathir pada Hari Kebangsaan
September 2, 2026, 4:59 pm
Malaysia bawa 77 rakyat di Tibet dan Nepal ke Kathmandu untuk proses repatriasi
September 2, 2026, 4:54 pm
Negeri Sembilan laksana pengecualian bayaran lesen penjaja bermula 2027
September 2, 2026, 4:44 pm
Kerajaan tidak kompromi karya sentuh sensitiviti agama dan kaum
September 2, 2026, 4:38 pm
SPRM tegaskan siasatan kes rasuah membabitkan Saravanan bersifat sulit
September 2, 2026, 2:36 pm
