TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Negeri Sembilan laksana pengecualian bayaran lesen penjaja bermula 2027

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN, 2 September – Kerajaan Negeri Sembilan menerusi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melaksanakan Inisiatif Pengecualian Bayaran Lesen Penjaja bagi meringankan beban kos perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, pengecualian bayaran lesen perniagaan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027 merangkumi permohonan lesen baharu serta pembaharuan lesen sedia ada.

Inisiatif terbabit melepaskan bayaran lesen bagi pelbagai kategori penjaja termasuk peniaga pasar tani, kereta tolak, berpayung, berjentera atau food truck, serta penjaja pasar dan bazar Ramadan.

Walau bagaimanapun, bayaran berkaitan yang lain seperti fi pemprosesan, lesen patil, caj papan iklan, caj kebersihan dan sewaan tapak masih perlu dijelaskan mengikut kadar yang ditetapkan oleh PBT masing-masing.

Langkah keprihatinan berkenaan diambil oleh kerajaan negeri sebagai usaha konkrit untuk membantu mengurangkan kos perkhidmatan dan perniagaan yang ditanggung oleh golongan sasar.

+ - reset