Berita Berita
Pejabat Ketua Menteri Melaka nafi dakwaan tular pembubaran DUN
MELAKA, 15 September – Pejabat Ketua Menteri Melaka membantah keras penyebaran maklumat tidak sahih menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah ditandatangani pagi tadi.
Ketua Komunikasi Media Ketua Menteri Melaka, Nor Hafizah Mohd Sati mengesahkan bahawa tiada sebarang pertemuan sulit seperti yang dicanangkan berlaku antara Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Kenyataan rasmi terbabit dikeluarkan bagi menepis desas-desus tular yang mendakwa kedua-dua pemimpin tertinggi negeri berkenaan telah menandatangani dokumen pembubaran DUN di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MITC, Ayer Keroh.
Pejabat Ketua Menteri turut menasihatkan pengamal media serta orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang spekulasi liar dan menggesa semua pihak merujuk kepada saluran rasmi kerajaan negeri untuk pengesahan maklumat.
Sebaliknya, jadual harian Ab Rauf pada pagi berkenaan padat dengan kehadiran ke program rasmi merangkumi Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan serta Majlis Apresiasi Pembekal Data Terbaik NAPIC di MITC.
Berita berkaitan
September 16, 2026, 2:38 pm
Polis cedera ketika cuba tahan suspek curi kabel di Kluang
September 16, 2026, 2:31 pm
Saravanan peruntuk lampu solar LED tangani lokasi panas kemalangan di Tapah
September 16, 2026, 2:25 pm
Ahmad Zahid seru rakyat kukuh perpaduan dan pelihara keharmonian sempena Hari Malaysia
September 16, 2026, 12:59 pm
'UMNO sudah tiada nilai dalam Kerjaan Pulau Pinang’ – Guan Eng persoal PH masih pertahan UMNO
September 16, 2026, 10:20 am
AADK dedah penagih wanita meningkat, belia paling ramai
September 15, 2026, 7:31 pm
