TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Terangsang tengok ikan koi berenang, lelaki pernah dijel cabul anjing kini didakwa laku perbuatan seksual terhadap ikan koi

By
|
Kongsi
image

BANGKOK 16 Sept – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membantu polis Bangkok menahan seorang lelaki berusia 51 tahun yang didakwa melakukan perbuatan seksual terhadap ikan koi milik jirannya, malah suspek turut mengakui pernah dipenjarakan kerana melakukan perbuatan sama terhadap seekor anjing.

Suspek, Sutthichai Boonlert, atau Tong, ditahan pada 10 September selepas polis menjejakinya berdasarkan rakaman CCTV yang dipasang pemilik kolam di kawasan Soi Vibhavadi Rangsit 66.

Menurut laporan terbaharu, pemilik kolam, Bobby Anong, mula mengesyaki sesuatu selepas beberapa ikan koi yang dipeliharanya selama tujuh hingga lapan tahun mati dengan badan yang bengkok. 

Kecurigaan itu bertambah apabila sebuah alat seks ditemui berhampiran kolam pada petang 7 September. Susulan penemuan itu, kamera CCTV yang sebelum ini tidak menghala terus ke kolam dialihkan bagi merakam kawasan berkenaan.

Suspek turut mengakui pernah melakukan perbuatan seksual terhadap haiwan lain. 

Rakaman sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan kemudian menunjukkan seorang lelaki datang menaiki basikal, menghampiri kolam sebelum menanggalkan pakaian dan masuk ke dalam air. Dia didakwa menangkap seekor ikan koi dan melakukan perbuatan seksual sebelum melepaskannya semula.

Menurut laporan terbaharu, pemilik kolam, Bobby Anong, mula mengesyaki sesuatu selepas beberapa ikan koi yang dipeliharanya selama tujuh hingga lapan tahun mati dengan badan yang bengkok. 

Bobby cuba mengejar lelaki terbabit selepas menyedari kejadian itu, namun terjatuh dan mengalami kecederaan.

Polis kemudiannya mengesyaki suspek tinggal berhampiran kerana dia melarikan diri dengan basikal. Pada 10 September, anggota polis menemui Sutthichai berjalan di kawasan Lak Si dan mendapati dia masih memakai pakaian yang sama seperti dalam rakaman CCTV.

Dia cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

Semasa disoal siasat, suspek dilaporkan mengaku melakukan perbuatan tersebut dan mendakwa dia pada mulanya datang ke kolam untuk membasuh diri sebelum menjadi terangsang selepas melihat ikan koi berenang.

Rakaman sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan kemudian menunjukkan seorang lelaki datang menaiki basikal, menghampiri kolam sebelum menanggalkan pakaian dan masuk ke dalam air. 

Lebih mengejutkan, polis berkata suspek turut mengakui pernah melakukan perbuatan seksual terhadap haiwan lain. Dia mendakwa pernah dipenjarakan beberapa tahun lalu selepas melakukan perbuatan sama terhadap seekor anjing.

Polis kini menyiasat kes itu mengikut beberapa kemungkinan kesalahan termasuk kekejaman terhadap haiwan, kerosakan harta benda, perbuatan tidak senonoh dan pencerobohan pada waktu malam.

Kes itu masih dalam siasatan dan belum ada laporan terbaharu yang menunjukkan suspek telah dijatuhi hukuman mahkamah.

Sumber: Agensi/Sinar Harian

+ - reset