Berita Jenayah
Lapan anggota polis ditahan dalam operasi air ketum di Taman Keramat
KUALA LUMPUR, 1 Oct. – Lapan anggota keselamatan bersama seorang orang awam ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan air ketum dalam satu operasi di Taman Keramat Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid mengesahkan penahanan kesemua individu terbabit dalam serbuan berkenaan.
Beliau memberi jaminan bahawa JIPS memantau rapat kes terbabit dan siasatan secara telus sedang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Serbuan yang dilancarkan pada jam 8.45 malam di Jalan AU1, Taman Keramat itu dijalankan secara bersama oleh Cawangan Risikan dan Operasi JIPS Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.
Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa tujuh daripada anggota yang ditahan bertugas di pelbagai cawangan sekitar IPD Sentul, manakala seorang lagi bertugas di IPD Brickfields.
Kesemua individu yang ditangkap kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Hulu Kelang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Siasatan menyeluruh terhadap kesemua suspek dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 29, 2026, 10:47 am
Polis Indonesia bongkar makmal haram cecair vape etomidat di Jakarta, lima warga Malaysia ditahan
September 27, 2026, 1:06 pm
Lelaki ditetak guna parang di Kuala Penyu berpunca perselisihan tuntutan wang RM60
September 23, 2026, 8:17 pm
Tiga pelajar IPTS warga asing ditahan, disyaki terlibat kes bunuh lelaki di Kampung Kuchai
September 22, 2026, 12:44 pm
Wanita rugi RM1.2 juta diperdaya scammer menyamar polis di Kelantan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
