Berita Jenayah
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
KUALA LUMPUR, 14 September – Seorang wanita warga Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Hong Kong selepas dikesan cuba menyeludup kira-kira lapan kilogram putik ganja bernilai HK$1.6 juta (RM830,000) kelmarin.
Jabatan Kastam Hong Kong memaklumkan bahawa suspek berusia 33 tahun itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dari Bangkok, Thailand.
Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi daftar masuk milik suspek membawa kepada penemuan bahan terlarang berkenaan sebelum siasatan rasmi dijalankan.
Pihak penguat kuasa menegaskan komitmen untuk terus mengetatkan kawalan kawalan keselamatan sempadan serta ingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan habuan wang bagi membawa barangan terlarang.
Mengikut Ordinan Dadah Berbahaya Hong Kong, sabitan kesalahan mengedar dadah boleh dikenakan hukuman denda maksimum HK$5 juta (RM2.60 juta) dan penjara seumur hidup.
Tangkapan terbaharu ini menambah deretan kes membabitkan warganegara Malaysia yang ditahan berhubung kesalahan menyeludup ganja di Hong Kong sejak Julai lalu.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
