Berita Jenayah
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
BAGAN SERAI, 8 September – Seorang lelaki tempatan yang tidak mampu menjelaskan hutang pinjaman wang tidak berlesen dipaksa oleh sindiket along untuk melakukan perbuatan khianat serta ugutan terhadap peminjam lain.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin memaklumkan bahawa suspek berusia 35 tahun itu ditahan menerusi Op Simbah pada 7 Julai lalu selepas polis memotong pergerakan kenderaan dipandunya.
Siasatan mendapati suspek diarahkan oleh sindiket terbabit untuk menyimbah cat, membakar rumah serta kenderaan mangsa, sebelum mengunci kediaman menggunakan mangga dan meninggalkan nota ugutan.
Suspek dipercayai menerima bayaran antara RM100 hingga RM400 bagi setiap tugasan khianat yang disempurnakannya melalui transaksi akaun Touch ‘n Go eWallet.
Mohd Alwi memberitahu bahawa suspek mengaku terlibat dalam 77 kes khianat merangkumi 57 kes di Perak, 15 kes di Kedah dan lima kes di Pulau Pinang.
Hasil siasatan awal mendapati sindiket along berkenaan dipercayai beroperasi dari Singapura dengan mengawal pergerakan suspek menerusi aplikasi telefon serta Facebook.
Polis turut merampas pelbagai barangan kes termasuk tin cat, botol berisi petrol, pemetik api, nota ugutan serta sebuah kereta Proton Saga yang digunakan suspek semasa beroperasi.
Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau serta dikehendaki bagi kes penipuan di Sabah itu telah didakwa di Mahkamah Parit Buntar semalam di bawah Seksyen 435, Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
