Berita Jenayah
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
KUALA LUMPUR, 9 September – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu berusia antara 48 hingga 70 tahun semalam bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penipuan yang melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan bahawa tangkapan berkenaan melibatkan tiga lelaki dan dua wanita yang terdiri daripada bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, bekas Ketua Pegawai Kewangan serta kakitangan yang masih berkhidmat di entiti terbabit.
Siasatan mendapati tiga daripada suspek ditahan berhubung isu skandal pembayaran hibah TH pada tahun 2017 manakala dua lagi individu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Mahkamah telah membenarkan perintah reman selama dua hari sehingga esok ke atas tiga suspek pertama, manakala dua lagi suspek yang disiasat di bawah peruntukan AMLA direman selama tiga hari sehingga 11 September ini.
Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat serta berpotensi menjejaskan kelancaran proses siasatan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
