TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 17 September – Polis menahan seorang wanita tempatan yang bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau sewaktu proses tangkapan dijalankan di kawasan Chan Sow Lin baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan bahawa insiden penyerangan terbabit berlaku berikutan laporan polis yang dibuat pada 10 September lalu kira-kira pukul 3.45 petang, sebelum suspek berumur awal 20-an berkenaan ditahan oleh pasukan tangkapan.

Hasil semakan lanjut serta ujian saringan awal air kencing mendapati suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu disahkan positif dadah jenis ketamin semasa kejadian berlaku.

Suspek yang sempat direman selama empat hari bermula 11 hingga 14 September bagi membantu proses siasatan telah dituduh secara rasmi di mahkamah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebat atas kesalahan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, manakala Seksyen 186 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

+ - reset