Berita Viral
Alza terbang ditiup anak puting beliung di Damansara
PETALING JAYA 14 OKTOBER – Sebuah kereta Perodua Alza dilaporkan mengalami detik cemas apabila kenderaan itu ‘terangkat’ susulan fenomena angin ribut serta kejadian seumpama puting beliung yang mengganas di kawasan sebuah plaza tol di Damansara, baru-baru ini.
Kejadian luar biasa itu dirakam menerusi satu muat naik video yang tular di platform Threads oleh pengguna akaun Zhaein, yang memaparkan tiupan angin kencang berupaya mengangkat kenderaan terbabit daripada kedudukan asalnya.
Situasi berkenaan turut menyebabkan Perodua Alza tersebut beranjak lalu melanggar kenderaan lain yang sedang beratur di lorong plaza tol berkenaan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya menyuarakan rasa terkejut dan cemas melihat insiden terbabit, selain turut mendoakan keselamatan pemandu serta penumpang yang berada di lokasi.
Malah, seorang pengguna dikenali sebagai Tuanmell turut berkongsi bahawa pusaran angin kencang itu kemudiannya melalui kawasan padang berdekatan Tol Kota Damansara hingga mengakibatkan hampir separuh pokok-pokok besar di situ tumbang.
Dalam pada itu, insiden berkenaan turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai kepentingan perlindungan insurans bencana alam bagi kenderaan, manakala ramai lagi yang mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika memandu dalam cuaca buruk.
Berita berkaitan
October 15, 2026, 8:05 pm
Tutup muka pakai rambut, wanita Vietnam dipercayai curi parcel di Seri Kembangan
October 15, 2026, 3:15 pm
'Planet Marikh ke ini?', penduduk kongsi situasi jerebu di Setia Alam
October 14, 2026, 2:38 pm
Bapa arwah Asiah menangis dukung anak suruh bangun lepas dilanggar BYD
October 14, 2026, 12:56 pm
Lelaki kena intai masa tengah buang hajat di Bukit Jelutong
October 14, 2026, 10:00 am
'Bau macam getah', kepulan asap keluar dari longkang buat pengguna jalan raya takut untuk lalu di DUKE
October 13, 2026, 12:04 pm
Aksi 'heroic' penghantar makanan selamatkan budak di kejar anjing liar
October 13, 2026, 10:41 am
Ibu meraung lihat anak kaku atas jalan raya di Tol Batu 9 Cheras-Kajang
October 13, 2026, 9:36 am
'Bila sampai tak kenal', aktivis cari samseng 'roro' cabar orang Melayu di Ampang
October 12, 2026, 10:45 am
