TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki kena intai masa tengah buang hajat di Bukit Jelutong

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 14 OKTOBER – Ketenangan seorang lelaki di sebuah tandas awam menjadi mimpi ngeri apabila privasinya dicerobohi oleh individu tidak bertanggungjawab yang sanggup mengintai dari bawah pintu bilik air.

Insiden mengejutkan tular selepas seorang pengguna media sosial dikenali sebagai ehhnasss mendedahkan rakaman video berdurasi pendek itu.

Ia memaparkan kelibat seorang lelaki asing sedang mengintip dari bawah pintu partition tandas di Radia, Bukit Jelutong di sini.

Menurut perkongsian warganet itu, perbuatan jijik terbabit dikesan berlaku di sebuah tandas lelaki yang terletak di tingkat dua bangunan komersial berkenaan, selain mendakwa suspek merupakan warga asing dari negara Myanmar.

Difahamkan, mangsa yang merakam kejadian tersebut mengambil masa hampir seminggu sebelum berani mendedahkan paparan video terbabit kepada umum selepas berkongsi pengalaman traumatik itu bersama rakan sekerja di pejabat.

"Actually video ini bukan kejadian terbaharu, sudah seminggu berlalu. Hari ini baru saya berani mahu muat naik selepas bercerita kepada rakan sekerja, sebab bayangan kejadian ini terus terngiang-ngiang di fikiran, sampai hendak jejakkan kaki ke tandas awam pun rasa seram sejuk," ujar pemilik akaun media sosial terbabit menerusi hantarannya.

Kejadian itu sekali gus mencetuskan keresahan ramai pihak yang mendesak agar pihak berkuasa tempatan serta pengurusan bangunan meningkatkan tahap kawalan keselamatan di premis awam bagi mengekang kegiatan amalan 'voyeurisme' atau mengintai yang dikhuatiri terus berleluasa.

+ - reset