TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pelancong Malaysia berang kena 'sidai' 2 jam dengan peniaga Indonesia di Batam

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 OKTOBER - Tular di media sosial video seorang rakyat Malaysia tidak diendahkan oleh warga Indonesia semasa hendak memesan makanan.

Menurut wanita itu, dia telah menunggu selama dua jam namun apabila ditanya kepada pekerja masing-masing tidak mengendahkan pertanyaannya.

Menerusi akaun Zickypinky, dia turut mengajak rakyat Malaysia agar tidak pergi ke restoran yang dipercayai di Batam.

"Rakyat Malaysia tak perlu datang dah ke sini kalau ke Batam. Servis sangat teruk. Perangai pun 'zero', kita tunggu dua jam, air dah habis, makanan tak sampai-sampai. Bila tanya, buat tak tahu, buat muka," katanya.

Namun begitu, video lama yang berlaku pada Ogos lalu kembali tular susulan isu boikot produk rakyat Malaysia dan Indonesia. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset