TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Bapa arwah Asiah menangis dukung anak suruh bangun lepas dilanggar BYD

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 OKTOBER - Suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian apabila seorang bapa kelihatan mengalirkan air mata sambil mendukung dan merayu anaknya agar bangun selepas terbabit dalam satu insiden nahas jalan raya yang melibatkan kenderaan utiliti sukan jenis BYD di ibu negara baru-baru ini.

Kejadian pilu yang meruntun jiwa itu turut dirakamkan oleh penduduk setempat dari bangunan berhampiran, memaparkan detik-detik cemas dan hiba tatkala si bapa memeluk erat anaknya yang kaku di bahu jalan. 

Hantaran serta paparan visual yang tular di media sosial turut mencetuskan kemarahan warganet yang mahu keadilan ditegakkan buat mangsa cilik.

Sementara itu, pihak polis kini sedang giat melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden kemalangan ngeri membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching pada Sabtu lalu yang meragut nyawa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terbabit. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan bahawa pemandu kereta jenis BYD Seal berumur 24 tahun yang dikesan terlibat dalam tragedi itu masih menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Tambah beliau, pegawai penyiasat sedang meneruskan proses melengkapkan siasatan di samping memantau rapi tahap kesihatan pemandu berkenaan sebelum kertas siasatan diserah kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.   

Tragedi menyayat hati pada jam 3.44 petang itu tercetus apabila kenderaan utiliti sukan mewah tersebut dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah Perodua Bezza yang bergerak dalam aliran trafik perlahan dari arah pusat bandar menuju ke Segambut. 

Impak rempuhan kuat itu turut mencetuskan perlanggaran terhadap sebuah motosikal sebelum kereta Perodua Bezza tersebut berpusing memasuki lorong kanan lalu merempuh tiga lagi kenderaan lain iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard serta Perodua Myvi.   

Akibat kejadian tragis berkenaan, mangsa cilik yang dikenali sebagai Asiah Ahmad Syahir menaiki Perodua Bezza bersama bapa tersayang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Pemandu Perodua Bezza berumur 30 tahun mengalami kecederaan ringan pada tangan kanan dan penunggang motosikal Yamaha 135LC berusia 33 tahun turut cedera di kepala dengan kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan di hospital sama.  

+ - reset